Tatabahasa Bahasa Yakut

Kata nama

Kata-kata nama dalam bahasa Yakut memiliki bentuk tunggal dan majmuk. Bentuk majmuk dapat dibentuk melalui penambahan akhiran /-LAr/ yang boleh menjadi pelbagai bentuk seperti -лар (-lar) dan -лэр (-ler), bergantung kepada huruf terakhir kata nama tersebut. Bentuk tersebut hanya digunakan dalam konteks menerangkan sebilangan barangan secara berkumpulan dan bukan apabila bilangan barangan dijelaskan. Kata-kata nama bahasa ini tidak mempunyai unsur jantina.

Kata ganti nama

Sistem kata ganti nama bahasa Yakut dibahagikan kepada kata ganti nama pertama, kedua dan ketiga serta mempunyai bentuk tunggal dan majmuk.

JenisTunggalMajmuk
Pertamaмин (min)биһиги (bihigi)
Keduaэн (en)эһиги (ehigi)
Ketiga(manusia)кини (kini)кинилэр (kiniler)
(bukan manusia)ол (ol)олор (olor)

Meskipun kata nama tidak mempunyai unsur jantina, perkataan dalam sistem kata ganti nama ketiga adalah berlainan mengikut objek, iaitu кини (kini) untuk menerangkan tentang manusia dan ол (ol) untuk kesemua yang lain.[6]